Kekuatan para muslim terletak pd saf berjemaah yang bersatu hati. Gabungan iman dari hati-hati yang khusyuk ibarat letusan gunung berapi yang menggerunkan kepada setiap orang yang melihatnya dengan mata hati. Teringin sekali aku membina halaqah bersama teman-teman baru yang pastinya berlainan pemikiran dan cara berdakwah tetapi hakikatnya tetap menuju keredhaan Allah. ”Tiada beriman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya seperti cintanya pada dirinya sendiri” riwayat Bukhari dan Muslim. Allah menetapkan kita ini sebagai insan yang membawa maksud pelupa dan dari situ Allah telah mengingatkan betapa pentingnya saling mengingati sesama kita. Nasihati juga aku tentang urusan agama. Jika manusia sedar akan kedahsyatan neraka Allah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba dalam beramal. Firman Allah dlm surah al-Imran, ayat 103 ”Dan berpeganglah kamu sekalian pada tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah”. Ukhwah mempunyai kekuatan tersendiri bila mana sebuah kumpulan kecil yang sibuk berzikrullah, sudah pasti Dia sangat terhibur. Perasaan kasih sayang terbukti tika Saidina Abu Bakar menahan sakit dipatuk ular berbisa ketika melindungi Baginda s.a.w. agar tidak terlihat musuh di dalam gua tetapi akhirnya baginda tersedar jua apabila air mata Saidina Abu Bakar menitis ke pipi Baginda SAW. Lihatlah wahai saudaraku sekalian, kasihnya seorang sahabat kepada kekasih Allah. Masih wujudkah perasaan ini di kalangan umat akhir zaman? SubhanAllah. Sifat ini yang seharusnya dihiasi dalam iman kita. Bila iman dicorak dengan indah, maka akhlak terpuji juga terserlah tanpa disedari. Inilah rahsia tarbiah Allah ke atas hambaNya. Baginda s.a.w. bersabda ”Ketahuilah dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itu lah hati.” Maka, dari hati akan menzahirkan akhlak-akhlak terpuji. Ukhwah itu indah jika matlamatnya kerana Allah. Kita ini sang musafir penuntut ilmu kerana ia tuntutan ke atas setiap umat Islam dan dengan ilmu, Allah meninggikan martabat seseorang. Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. bersabda ”Seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 org abid” (HR Tirmizi). Syaitan lebih mudah menipu 1000 abid daripada seorang alim yang benar-benar faham agama. Begitu teruja diriku untuk memahami dakwah yang dijalankan di luar negara. Bukan sekadar berdakwah pada sesama muslim malah aku lebih ingin mengetahui konsep dakwah kepada bukan muslim. Mereka itu juga saudara kita cuma mereka perlukan dorongan untuk kembali kepada fitrah asalnya iaitu Islam. Baginda s.a.w. bersabda ”Barangsiapa menjalani satu jalan utk menuntut ilmu, nescaya Allah permudahkan baginya satu jalan ke syurga”. Jelas, aku juga ingin berkongsi ilmu dgn ikhwan-ikhwan yang lain! Ilmu itu tidak mendatangi pada seseorang tetapi seseorang haruslah mendatangi padanya. Kuncinya tetap usaha. Rezeki seseorang telah Allah tetapkan tetapi iman tidak! Ia bergantung dengan usaha sendiri. Firman Allah dalam surah Faatir ayat 28 ”Dan demikian di antara manusia, makhluk bergerak dan bernyawa dan haiwan ternakan yang bermacam warna dan jenisnya. Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah”. Jika nak bandingkan pula ilmu yang ada pada seluruh manusia dan ilmu milik Allah ibarat setitis air yang menitis dari sebatang pen dengan seluruh air di bumi ini. Tiada majlis yang lebih disukai Allah melainkan majlis ilmu yang dihadiri oleh jutaan malaikat. Ayuh mujahid dan mujahidah sekalian, kita sudah tiada masa utk berjenaka. Islam kita sudah tenat dengan fitnah dunia. Sedarkan pemuda dan pemudi yang alpa untuk kembali kepada seorang mukmin sejati. Tiada yg lebih bernilai di sisi Allah melainkan iman dan demi Allah, keredhaanNya yang kita harapkan. Allahuakbar!!!
Hamba Allah, 14 April 2008
Mujahid.
Universiti Malaysia Pahang.
Johor Baru, Malaysia.
mujahid_1287@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment