To view the entry about Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo, please click here. (Updated 13th April 2008)

7/8: Pictures taken during the camp can be viewed here. (will be updated by facis from time t0 time.)
3/8: Alhamdulillah, KEM 2008 Borneo was a success!

NOTE:
Please use the Speed Links (upper right corner of this blog) to navigate through this page. Other posts are not shown.

Sunday, May 11, 2008

Winner - Muslimat

Jam saya sudah menunjukkan 11.30 malam. Tetapi, sejak pulang dari PUSRAWI melawat anak saudara pada pukul 9.00 malam tadi, saya masih mengadap ‘laptop’ tanpa melakukan walau sepatah ayat untuk tugasan laporan Perkhidmatan Pesakit Unit Khas yang perlu dihantar esok. Hati saya lebih cenderung untuk membaca blog dalam laman iLuvislam.com itu yang bagi saya terlalu banyak benda baru yang boleh saya pelajari. Hati saya resah, terlalu resah. Jiwa dan fikiran saya terlalu kusut dan saya tidak dapat berfikir dengan bernas untuk melakukan tugasan tersebut yang memerlukan tumpuan mendalam. Saya cuba menyenaraikan semua tugasan yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Semakin saya merancang, semakin resah jiwa saya kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam 2 minggu terakhir bulan April ini. Masalah hati, masalah akademik, masalah keluarga dan segala macam masalah sedang melanda jiwa saya ketika ini. Saya seperti mahu menangis memohon petunjuk Allah sekarang jua, tetapi saya malu untuk menangis di hadapan teman sebilik. Sejak saya baru menyertai usrah pada awal semester ini, barulah saya tersedar betapa banyak perlu saya pelajari dan bertaubat setelah bertahun-tahun lamanya ‘sesat jalan’. Lalu saya membaca doa Dipermudahkan Segala Urusan, diikuti dengan Matsurat dan tiba-tiba saya terfikir alangkah bagusnya jika selepas segalanya tamat pada bulan ini, saya ingin sekali pergi menyertai kem ibadah atau kem pemantapan solat misalnya untuk bermuhasabah diri yang sekian lama alpa dan leka. Tetapi, saya baru sahaja bersetuju dengan teman serumah untuk turut serta pergi ke Pulau Pangkor pada bulan hadapan bagi meraikan tamatnya peperiksaan terakhir kami selama 4 tahun belajar di UKM. Saya terfikir, layakkah saya meraikan ‘kegembiraan’ seperti itu sedangkan hati saya masih ‘kotor’ dan akademik tidak sebagus mana. Berbaloikah saya menyediakan wang sebanyak RM200 ke atas hanya untuk pergi bersuka-ria di Pulau Pangkor? Setelah berfikir demikian, tiba-tiba saya terpandang label ‘Program’ pada laman web iLuvislam lalu saya terus mengklik padanya dan terjumpalah apa yang saya mahukan, iaitu Kem Eksplorasi Minda 2008 Borneo. Inilah jawapan kepada kekusutan hati saya selama ini. Tambahan pula saya tidak pernah menyertai mana-mana kem seperti ini sejak tamat sekolah menengah. Saya terfikir bukankah lebih baik jika saya membelanjakan wang untuk ke kem yang sangat bermanfaat bagi saya ini berbanding menghabiskan wang untuk ke Pulau Pangkor yang ternyata tidak akan ada sebarang aktiviti ‘membersihkan hati’? Matlamat utama saya untuk menyertai kem ini hanyalah satu, iaitu :
“ Ya Allah, keluarkanlah aku daripada kegelapan serta keraguan dan muliakan aku dengan cahaya kefahaman.” Semoga kem ini dapat menjana revolusi baru dalam hidup saya untuk menjadi Muslimah yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat sebelum melangkah ke dunia kerjaya kelak."

No comments: